Pages

Tuesday, May 18, 2010

Biskut Kacang


Bahan-Bahan

200 gm tepung naik sendiri
200 gm mentega
180 gm gula halus
100 gm kacang
50 gm tepung gandum
2o gm susu pekat manis
5 gm esen vanila
1 biji telur
2 biji telur kuning

cara membuat:

1. masukkan gula dan mentega sehingga cair di atas dapur.
2. kemudian masukkan telur, tepung dan esen vanila. kacau rata.
3. setelah adunan sebati, angkat dari dapur dan biarkan 5 minit.
4. masukkan kacang & susu pekat, gaul sehingga pekat.
5. bentukkan mengikut kesukaan.
6. sapukan kuning telur, bakar pada suhu 160C selama 15 minit.

Biskut Walnut Bercoklat


Bahan-Bahan:

300 gm tepung gandum
250 gm mentega
180 gm gula aising
100 gm koko
100 gm kacang walnut
1 biji telur
5 gm serbuk penaik

Cara membuat:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. sementara itu ayak tepung bersama serbuk penaik.
3. masukkan pula telur, koko, kacang walnut, dan tepung secara perlahan-lahan.
4. kemudian bentuk ia menjadi doh.
5. gaulkan sehingga rata dan bentukkan mengikut cita rasa.
6. bakar dalam ketuhar pada suhu 180c selama 20 minit..

Monday, May 17, 2010

Hezulnut Finger


BAHAN - BAHAN.....

220 gm mentega
170 gm gula aising
18 gm pralinosa
35 gm kacang hazel - dihancur kan
335 gm tepung kek

CARA MEMBUAT.....
1.pukul mentega bersama gula aising sehingga ia menjadi kembang .
2.kemudian masukkan telur dan pukul secara perlahan-lahan.masuk kan pula pes kacang hazel ke dlm bahan bahan tersebut.
3.masuk kan pula bahan bahan kering ke dlm adunan dan pukul sehingga sebati.
4.guna kan beg piping dan bentuk kan adunan mengikut acuan anda.
5.kemudian hias kan dengan kacang hazel yg telah dihancur kan dan susun di atas dulang pembakar.
6.bakar biskut tersebut di dlm ketuhar pada suhu 170 sehingga ia menjadi kekuningan dan masak..

Zuri Nut


BAHAN2......

352 gm mentega
200 gm gula
50 gm putih telur
352 gm tepung kek

CARA MEMBUAT.......
1.panas kan ketuhar pada suhu 170
2.pukul gula bersama mentega sehingga adunan menjadi sebati.masuk kan pula putih telur dan kacau lagi secara perlahan -lahan.
3.masuk kan tepung dan adun sehingga ia menjadi doh yg sempurna.guna kan piping beg dan bentuk kan mengikut cita rasa anda.
4.bakar di dalam ketuhar sehingga biskut menjadi keperang-perangan dan biarkan ia sejuk seketika.
5.letak kan jam dan salut kan dengn coklat.
6.tabur kan kacang di separuh bahagian biskut dan separuh lagi di celup ke dlm adunan coklat sebelum dihidangan kan.

Selamat Mencuba...

Saturday, May 15, 2010

Rendang Tok


BAHAN-BAHAN:-

500gm daging lembu
300ml santan
50gm rempah kari
20 gm serbuk jintan
2 batang kulit kayu manis
50gm bawang besar -dikisar
50gm bawang putih -dikisar
50gm halia -dikisar
50gm lengkuas -dikisar
30gm cili kering-dikisar
50gm kerisik-digiling
50 gm kelapa hiris
garam secukup rasa
gula secukup rasa


CARA MEMBUAT

1.Dengan membuka api yg sederhana ,masukkan santan ke dalam kuali.
2.kemudian masukkan serbuk jintan ,rempah kari dan kulit kayu manis.
3.kacau sehingga ia menjadi rapi.
4.selepas itu,masuk kan daging lembu dan kelapa hiris.
5.kacau secara perlahan-lahan sehingga hampir kering.
6.tambah kn garam secukup rasa.
7.tambahkan gula mengikut cita rasa anda.